Monday, 7 November 2011

MAK,IBU,BONDA ,UMI

salam minta maaf sudah lama farah tak update bolg ni dah bersawang dah.. first of all terima kasih kepada wan yumni kerana telah memperbaiki blog farah ni (:
Hari ni nak kongsi satu cerita.. mengenai MAK,IBU,UMI,BONDA,MAMA..

Bercakap mengenai mak... seorang ibu,mak,umi,bonda atau seumpamanya mampu membesarkan sepuluh orang anak TETAPI ... mampukah sepuluh orang anak menjaga seorang ibu? ... itu soalannya.. cuba kita berfikir sejenak...


Suatu ketika dulu, seorang ibu sangat gembira  menyambut kelahiran bayinya tak kiralah yang ke berapa, jantinanya mahupun cacat celanya.. seorang ibu sangat menyayangi anaknya itu.. dia menjaga makan pakai bayi itu.. memberi anaknya sepenuh kasih sayang.. waktu malam, anaknya menagis minta diberi susu..ibu bangun melayan anaknya itu.. ibu  jaga anaknya ..orang kata nak bagi nyamuk gigit pon tak boleh..
masa anaknya baru mula berjalan dan bercakap..ibulah yang mengajarnya... 'mamam' antara perkataannya.. lucu  kan :D.. masih ingat lagi kali pertama kamu menjejak kaki ke tadika atau sekolah.. kamu menangis minta tak ditinggalkan oleh ibu.. tapi ibu pujuk supaya pergi sekolah.. pagi2 ibu tolong siapkan segalanya.. makan,pakai baju,sikat rambut,pakai bedak,pakai kasut semualah... lama2 bila dah pandai kamu buat sendiri.. masa UPSR, mak selau jengah bilik tengok kamu belajar ke tak.. bila kamu terlelap sambil pegang buku ..ibu tolong tutupkan lampu.. ibu kata 'semoga anakku beroleh 5A dlm UPSR'.. pagi2 ibu dah pesan jangan lupa baca doa sblum ,smsa ,slpas keluar dewan nanti....
Bila anak dah berjaya... ibu gembira... lagi gembira bila tahu anak dapat masuk asrama..ingat tak? ibu belikan semua kelengkapan asrama? ibu pesan macam2 waktu hari first daftar masuk asrama...(: .. setiap minggu call ibu bagitahu bila balik ,cakap rindu ibu,suruh ibu doakan...bila time balik kampung... for sure ibu masak masakn kegemaran kamu... ibu tahu anak ibu kempunan lama tak makan masakan ibu.. ibu faham.. kamu makan dengan penuh selera..ibu pun senang hati

Detik PMR, kamu minta ibu doakan kata kamu... 'ustazah kata doa ibu tu barakah...ibu doakan untuk akak ye' ibu kata 'hari2 ibu doakan untuk anak2 ibu..' (:...  ibu pesan macam2.. study, solat sunat hajat, baca doa... ibu selalu ingatkn semua tu...Result PMR dah dikeluarkan ,Alhamdulillah.. keputusan yang kamu dpat cemerlang.. ibu gembira sambil memelukmu.. ini semua berkat doa ibu juga kan:)... ibu gembira.. ibu kata nanti SPM buat yang lebih baik okay..

hmmm..farah berhenti sampai situ dulu... farah cuma nak kata.. hargailah ibu korang walau macam mana pon dia.. farah faham ada antara kita dia nak kata dia sayang ibu tapi tak terluah... batinnya dia sayang ibunya.. tapi zahirnya perkataan syang tu tak terucap.. tapelah kalau rase susah nak ucap.. doakanlah ibumu.. bagi yang sudah tiada ibu.. jangan sesekali lupa doakan ibu di sana.. semoga roh ibu dicucuri rahmat.. ingat! doa anak yang soleh itu membawa ke syurga (:.. buat semua, jangan sesekali merungut,membantah kata ibu... ingat, kata2 ibu tu ada berkatnya.. doa ibu tu berkat ..dengarlah nasihat mereka..kerna mereka  makan garam dulu lebih dari kita... apapun kita buat mintalah keizinan ibu.. sometimes kalau korang rase rimas dgn leteran ibu. cepat2 buang perasaan tu ..ingatlah ibu tahu apa yang dia buat... mase korang kecil dulupun ibu tak pernah merungut membesarkan korang ingatlah susah payah diorang okay(:  apapun farah nak minta maaf kalau blog entry ni ada menyinggung perasaan man2 pihak.. maaf yea(:.. ingat sayangilah ibu,bonda,umi,mak anda ,,, kerana kalau tak dari mereka kamu tak akan kenal dunia ini.. kerana kalau tak mereka yang membesarkan korang  korang tak akan hidup selesa macam sekarang.... doakan ibu dan peluk ciumlah mereka selagi mereka ada okay(:

salam sayang <3,
farah fatiha~