Tuesday, 26 March 2013

Allah Maha Memberi Rezeki.

Assalamualaikum...
macam dah lama kan tak update blog? Memang ingat nak update tapi agak sibuk dengan UPU,MARA dengan scholarship semua. So tak dapatlah nak mengemas kini blog yang agak berhabuk ni kan..
WAIT!
Firstly, saya selaku tuan rumah punya blog, Nor Farah Fatiha bt Mohd Sahrom nak ucapkan berbanyak terima kasih dan penghargaan yang tak terhingga kepada MAK ABAH, CIKGU2 DARI TADIKA SAMPAI LAA NI, KAWAN-KAWAN LAMA DAN BARU DAN SEMUA ORANG YANG DIKENALI DAN MENGENALI SAYA( awat pelik sangat ayat nih? )sebab kerana anda semualah saya dapat berjaya . Berjaya dalam apa? Alhamdulillah berjaya dalam SPM 2012. Alhamdulillah Alhamdulillah Alhamdulillah ke hadrat Allah Yang Maha Adil,Maha Besar,Maha Pemurah lagi Maha Penyanyang kerana Dia telah memberi peluang saya dan rakan-rakan lain untuk berjaya dalam peringkat menengah ini. Saya tak tau nak habaq macam mana punya perasaan syukur tu sebab inilah rezeki Allah yang saya rasa besar. Memang betulah setiap kejayaan takan kita dapat kecapi kalau tak kerana usaha,tak lalui pelbagai dugaan dan cabaran dan yang PALING PENTING KALAU TAK KERANA IZINNYA ! 

Rasa macam nak flashback balik kenangan masa mula-mula masuk kelas form 4. Memang banyak dugaan. Dugaan pertama yang takan saya lupakan adalah dugaan memilih aliran yang sesuai. Memang tak boleh lupa seminggu berturut2 asyik menangis dan akhirnya abah datang sekolah sendiri berbincang dengan pihak sekolah. Abah tak izinkan saya ambil aliran sains tulen walaupun saya layak sebab saya akui abah tau kelemahan saya dalam Maths. Ya memang betul saya seorang yang maths agak slow sikit lah. sebab otak saya minat membaca, ya membaca! kira-kira taklah teruk mana ok jelah tapi tak selalu lah nak A tu. Yang selalu C atau D pun pernah ( buat apa nak malu mengaku kelemahan diri? :) ) . Terlalu banyak sebenarnya dugaan saya masa form 4 & form 5 ada pahit dan manis memang mula2 tak boleh langsung terima lama2 saya boleh terima dan belajar menjadi seorang yang matang. Banyak masalah saya lalui. Malas nak tulis sebab subuh esok pun belum tentu habis. *propa ? lawak ja :D . DAN AKHIRNYA.... saya dah temui hikmah yang Allah nak tunjuk kat saya. Allah ganti segala susah payah dan usaha serta doa2 kalian semua kepada kejayaan yang saya langsung tak aspect boleh dapat. Ya Allah orang pertama ambil slip kat kelas (sama macam PMR ) dan masa2 mula2 tengok.. Eh Maths B! Saya dah cuba sedaya upaya untuk menjadi pandai dalam Maths tapi  mungkin bagi saya Allah bagi rezeki ni sebab dia nak tunjuk kat saya sesuatu yang mungkin saya tak tahu.  (Sebenarnya paling takut subjek Prinsip Akaun tapi dapat A pulak yang takut yang rasa dah buat baik dapat B takpelah rezeki ni ! Alhamdulillah )syukur Alhamdulillah saya tak menyesal ikut kata abah, menangis segala apa bala ( cakap Peghlihh) Alhamdulillah baru saya tau apa semua susah tu Allah nak uji bukan saja2.

Kawan2, walau 1A pun kita dapat kita kena belajar BERSYUKUR ya bersyukur kerana rezeki tu Allah yang bagi kan? Perjalanan hidup kita masih panjang usahalah di peringkat seterusnya. Orang lain boleh kata apa saja , boleh cemuh apa saja biarlah apa orang nak kata sebab awak kena percaya yang walaupun kita ni nampak dungu di mata manusia kalau kita rajin usaha dan rajin doa kat Allah Allah pasti tolong ya PASTI! sebab saya juga pernah dicemuh orang pernah dikatakan saya tak  begitu pandai (bukan nak ungkit bagi semangat ni) tapi saya jadikan cemuhan itu sebagai penguat semangat untuk terus berjaya. Ada orang kata' ala hang tak terer lah ambil aliran budak low je', eh awak lupa ye ilmu semua di muka bumi milik Allah.  Biaq pi lah orang nak kata apa kita tahu kan kemampuan kita sampai mana ambil aliran sekolah teknik ke apa ke boleh berjaya juga. Sapa kata ambil aliran itu ini tak de kerja ? Ada! kita je tatau.Nampak je senang subjek yang kita ambil contoh macam BM tapi kalau tak usaha ? kalau Allah nak bagi fail,fail jugak  Betui dak? JADI, kita ni selain usaha kena lah bergantung harap pada Allah janganlah sombong kat Allah Dia yang bagi rezeki, Doa lah sikit minta pada Dia.

* Lastly selamat mengisi UPU, scholarship,kolej2 swasta (MARA baguih jugak apply lah :) )dan selamat menuju ke menara gading beberapa tapak kelak. Insha Allah saya takan lupa jasa anda semua dan doakan anda semua :) Adik2 belajar elok2! dan jangan putu asa susah mana pun belajar tu!